ACL2

ACL2: Kemenangan bakal ditarik, kelab Jepun tiru PDRM turunkan pemain tak sah

Stadium Astro
Najmi Iman
08/03/2025
08:20 MYT
Sponsor Banner
ACL2: Kemenangan bakal ditarik, kelab Jepun tiru PDRM turunkan pemain tak sah
Lion City Sailors bakal mendapat peluang kedua dalam kempen suku akhir pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) meskipun menerima kekalahan besar 1-6 kepada Sanfrecce Hiroshima, Rabu lalu.
Ini berikutan pelanggaran undang-undang oleh kelab Jepun itu yang menyaksikan Lion City Sailors bakal menerima kemenangan percuma 3-0 dalam aksi tersebut.
Menurut sumber, Sanfrecce boleh dikenakan penalti kerana menurunkan pemain yang tidak sah di stadium Edion Peace Wing Hiroshima.
Semakan laporan media, penyerang Perancis, Valere Germain, sepatutnya menjalani penggantungan tiga perlawanan, yang akan menyebabkan dia tidak dapat bermain menentang Sailors.
Sekiranya skuad bimbingan Michael Skibbe itu didapati bersalah, ini boleh menyebabkan keputusan pusingan pertama dibatalkan dan wakil Singapra itu akan dihadiahkan kemenangan 3-0.
Permainan timbal balik kedua akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada 12 Mac ini.
Difahamkan bahawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), telah dimaklumkan dan sedang meneliti perkara itu.
Sebelum ini, Germain dijatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan termasuk denda wang tunai akibat pergelutan dengan pemain lawan.
Jika diikutkan peraturan, Germain tidak dibenarkan turun bertemu gergasi Liga Premier Singapura (SPL) itu.
Namun sehingga kini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak.
Situasi ini sedikit-sebanyak mengingatkan kepada PDRM yang menurunkan pemain tidak berkelayakan, Mohd Safiee Ahmad, yang sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan.
Selangor terus diberikan kemenangan 3-0 oleh sebab perkara itu sebelum menjulang trofi MFL Challenge Cup musim ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video