Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Instagram Sikh Izhan kosong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sikh.jpg
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Rasa kesal menyelubungi penjaga gol Selangor, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, selepas jaringan minit akhir Persib Bandung memusnahkan harapan pasukan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. 

Terbaru, menerusi kemas kini di Instagram rasminya, penjaga gawang Harimau Malaya itu telah memadam semua gambar di profil.

Jelas, ia memberi kesan mendalam terhadap pemain berusia 23 tahun itu usai tamat perlawanan. 




Dia juga enggan ditemui oleh peminat mahupun wartawan, sebaliknya memilih untuk berdiam diri.

Perkembangan daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, juga memaklumkan bahawa Sikh Izhan tidak dapat menahan rasa sedih, dan difahamkan menitiskan air mata ekoran, namun cuba ditenangkan oleh rakan sepasukan, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, semalam.

 

Sepanjang aksi, bekas tonggak bawah 23 tahun (B-23) negara itu menampilkan persembahan cemerlang menepis beberapa cubaan, sebelum tragedi minit ke-97 mengakibatkan kemenangan kepada wakil Indonesia itu, sekali gus menyaksikan Gergasi Merah tersingkir edisi kali ini.




Dalam masa sama, Sikh Izhan turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Bukit Jalil, 18 November ini.
 

Advertisement

Must Watch Video