Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Dua gol dalam tiga minit, Selangor benam Jeonbuk di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-gol-2.jpg
Selangor memperoleh tiga mata berharga apabila berjaya mengatasi kelab Korea Selatan, Jeonbuk dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 2-1 di Petaling Jaya sebentar tadi.

Selangor berdepan tugas sukar apabila dilanda badai kecederaan pemain menjelang aksi ketiga Kumpulan H, ACL2.

Bagaimanapun, ketiadaan beberapa tonggak utama ternyata tidak menjejaskan peluang skuad kendalian Nidzam Jamil untuk beraksi cemerlang di laman sendiri.

Selangor berjaya mendahului pada minit ke-30 menerusi Harith Haikal yang menyempurnakan hantaran sepakan percuma Yohandry Orozco sebelum Ali Olwan menggandakan jaringan tiga minit kemudian.

Jeonbuk berjaya mengurangkan defisit jaringan apabila Kwon Chang-hoon pada minit ke-40.

Bersambung dalam separuh masa kedua, Selangor melancarkan serangan demi serangan memburu gol ketiga, bagaimanapun setiap gerakan gagal membuahkan hasil. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video