NASAF 1 AL HUSSEIN 2

Bekas penyerang Selangor, Reziq Bani Hani, menjaringkan gol berganda ketika membantu juara Liga Jordan, Al Hussein, ke tangga teratas Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Al Hussein bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Uzbekistan, Nasaf, 1-2 di Stadium Markaziy malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Sharof Mukhiddinov terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-23 tetapi Reziq kemudian menemui sasaran pada minit ke-31 dan 45 untuk memastikan kemenangan ketiga pasukannya daripada empat perlawanan musim ini.

Kemenangan itu meletakkan Al Hussein di tangga teratas Kumpulan D dengan sembilan mata, dua mata di atas Shabab Al-Ahli manakala Nasaf pula ketiga dengan empat mata.