Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, cemerlang membuka kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan membelasah kelab Istiklol 5-0 awal pagi tadi di kumpulan D.
Bermain di laman sendiri, Al-Nassr mendahului seawal minit ke-14 menerusi Abdulrahman Ghareeb sebelum Angelo Gabriel menambah gol kedua.
Masuk babak kedua perlawanan, skuad kendalian Jorge Jesus terus memperaga corak permainan yang mantap dan akhirnya menambah derita buat Istiklol menerusi Wesley pada minit ke-59.
Al Nassr terus dahagakan jaringan dengan menyumbat gol keempat menerusi Kingsley Coman pada minit ke-89 sebelum Sadio Mane menutup malam gemilang Al Nassr pada minit ke-93 perlawanan.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kelihatan kelibat Cristiano Ronaldo di gimnasium stadium yang giat melakukan sesi pemulihan.