Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Aksi Selangor, juara Liga Indonesia kendalian Bojak Hodak jadi tumpuan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selang.jpg
Pasukan jagoan dari Asia Tenggara seperti Bangkok United, Lion City Sailors dan Persib Bandung bakal menjadi halangan utama Selangor dalam saingan peringkat Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26.

Antara aksi yang mencuri tumpuan adalah The Red Giants akan berdepan skuad kendalian Bojan Hodak yang menjuara Liga Indonesia musim lalu iaitu Persib Bandung.






Antara nama-nama pemain Persib yang pernah beraksi di Liga Super adalah Saddil Ramdani dan Kevin Mendoza.

Malah, Bojan turut mempunyai rekod baik Ketika mengendalikan Kuala Lumpur City apabila menamatkan kemarau 32 tahun pasukan itu untuk mara ke final Piala Malaysia edisi ke-100 pada 2021 sekali gus menjulang gelaran juara selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 

Advertisement

Must Watch Video