ACL
ACL: Kasawaki Forntale bergelut atasi kelab China, bawa bekalan tipis
SHANDONG TAISHAN 2 KAWASAKI FRONTALE 3
Kawasaki Frontale membawa bekalan tipis ke laman sendiri selepas bergelut sebelum meraih kemenangan 3-2 ke atas kelab China, Shandong Taishan, dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Pusat Olimpik Jinan malam tadi.
Pemain Brazil, Jadson, mengecilkan jurang buat Shandong menerusi tandukannya pada empat minit terakhir untuk menghidupkan semula peluang Kelab Liga Super China itu untuk ke suku akhir.
Erison dan Marcinho terlebih dahulu meletakkan Kawasaki selesa dengan kelebihan dua gol, masing-masing dengan jaringan pada minit ke-28 dan 33.
Bagaimanapun, Fei Nanduo merapatkan jurang buat Shandong pada minit ke-67 tetapi Akihiro Ienaga mengembalikan kelebihan dua gol buat Kawasaki pada minit ke-79.
Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertembung di laman Kawasaki, Stadium Uvance Todoroki, minggu depan.