Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih berkeyakinan untuk mengharungi kempen Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) walaupun sedar dengan reputasi dimiliki Jepun, Kawasaki Frontale.

Selepas seri di Tokyo, Kawasaki tidak memberi muka dengan membelasah juara Liga Super itu dalam aksi timbal balik peringkat kumpulan musim lalu.

"Walaupun banyak yang berubah, mereka ada pemain yang bermain di tahap terbaik, pemain tempatan mereka biarpun kuda tua tapi berkualiti.

"Kami kena lebih fokus sebab cabaran tahun ini pasti lebih sukar berbanding tahun lalu.




"Kawasaki sudah mengharungi banyak perlawanan dan kejohanan, malah mereka juga baru memenangi aksi 'derby' ke atas FC Tokyo jadi mereka berbekalkan motivasi tinggi.

"Ini perlawanan yang sukar dan kami perlu menghadapinya satu persatu," kata ketua jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari.

Pengurus Kawasaki, Toru Oniki, enggan meremehkan keupayaan tuan rumah walaupun anak buahnya kini dalam tempo terbaik walaupun menang bergaya 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, tahun lalu.

"Bergson da Silva dan Juan Muniz ada kualiti and mampu menjaringkan gol.




"Mereka kombinasi yang bagus, kamki akan pastikan mereka tak berpeluang jaringkan gol.

"Kami perlu memburu jaringan pertama, berdasarkan suasana tahun lalu memang gila kami kena pasti kan gol pertama untu mendominasi permainan," katanya.