ACL Elite: Info Siaran Langsung & Live Streaming Gwangju vs JDT

Afiq Azfar
Oktober 21, 2024 17:18 MYT
Juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim akan meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang pendahulu kumpulan dari Korea Selatan, Gwangju FC petang esok.
JDT yang kini berada di tangga kedua kumpulan A bagi saingan tersebut mengumpul 4 mata manakala Gwangju gah mendahului kumpulan dengan 6 mata melalui 2 kemenangan terdahulu.
Pertemuan ini pastinya menjadi tumpuan bagi zon Asia Timur dengan kedua-dua pasukan menginginkan tempat teratas kumpulan selepas mengharungi perlawanan ketiga kumpulan.

Info Siaran Langsung & Live Streaming: ACL Elite Gwangju FC vs JDT

Tarikh: 22 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 6 petang
Saluran: Astro Arena Bola 803, Astro GO, dan sooka
Venue: Yongin Citizen Sports Park
#johor darul ta'zim #JDT #Johor Darul Ta'zim FC #Gwangju #ACLE #Liga Juara-Juara Asia Elit
;