ACL: Arif Aiman tekad mahu buktikan kemampuan pemain tempatan beraksi di pentas tertinggi
Ammar Hakim
Disember 11, 2023 17:10 MYT
Disember 11, 2023 17:10 MYT
Arif Aiman Md Hanapi mahu membuktikan barisan pemain tempatan mampu menghadirkan kualiti permainan yang setanding dengan pemain-pemain lain ketika beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).
JDT sudah terlepas peluang untuk meneruskan saingan ke peringkat kalah mati namun kini mengharungi perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan ACL bertemu BG Pathum.
Diangkat ketua jurulatih BG Pathum, Surachai Jaturapattarapong, sebagai pemain paling penting dalam pasukan, Arif Aiman membuktikan dirinya antara pemain tempatan yang terus meningkat naik dan prestasinya di pentas Asia musim ini cukup memberangsangkan.
Walaupun sekadar menjaringkan dua gol dalam satu bantuan jaringan, kelibatnya di sayap kanan Harimau Selatan sentiasa memukau barisan pemain lawan sekaligus ia sudah tiba masa Arif memperluaskan lagi kemampuannya di peringkat lebih tinggi.
Mr MVP akan terus tunjuk standard pemain local di tahap maksimum pada pertemuan menentang BG Pathum esok. Ayuh jadi sebahagian moment terbaik Arif di ACL musim ini ??? @ASTROARENA #ACL2023 pic.twitter.com/9WPI7V1UX9
— karlnunis (@_karlnunis) December 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap dalam sidang media pra-perlawanan, Arif berkata, "Saya mahu membuktikan bahawa pemain tempatan di Malaysia mampu berdaya saing di peringkat Asia, setanding dengan pemain import dalam pasukan.
"Setiap perlawanan adalah permulaan bagi saya. Saya mahu terus melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan akan datang. Saya percaya dan yakin pasukan kami mahu mendapatkan kemenangan bertemu BG Pathum.
"Tidak mengira siapa menjaringkan gol, kemenangan adalah misi utama pasukan."