BOLA SEPAK
ACC Shopee Cup: Terengganu akan bawa mentaliti kemenangan bertemu BG Pathum -- Akram Mahinan
Tonggak tengah berpengalaman Terengganu, Akram Mahinan, mengakui lega dapat membantu pasukannya meraih tiga mata penting di laman sendiri semalam meskipun bergelut dengan prestasi sebenar sepanjang perlawanan.
Menyedari laluan berliku menanti Sang Penyu bakal bertemu pendahulu saingan Kumpulan A, BG Pathum di tempat lawan 5 Februari, pemain berusia 32 tahun itu percaya pasukannya mampu melakukan kejutan mara ke pentas separuh akhir Shopee Cup musim ini.
Untuk rekod, kemenangan Terengganu ke atas PSM Makassar membolehkan mereka melonjak ke kedudukan kedua Kumpulan A dengan kutipan tujuh mata ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, BG Pathum.
Iklan
"Perlawanan terakhir ini akan menentukan segala-galanya bagi memastikan kami ke pusingan seterusnya. Kami akan hadir dengan mentaliti kemenangan dan mahu mara ke separuh akhir," katanya menerusi Nadi Arena.
🗣️ ' Kalau kita (Terengganu) pergi ke tempat lawan bertemu BG Pathum dengan mentaliti yang kuat, kita akan ke next round (separuh akhir)...' - Akram Mahinan, Pemain Tengah TFC ⚫⚪Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/Jl1b7xDubI— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 23, 2025
Must-Watch Video