Begitupun, dia turut menjelaskan dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini bahawa skuad Penyu terpaksa melupakan khidmat Nelson Bonilla berdepan wakil Vietnam, Dong A Thanh Hoa, susulan mengalami kecederaan.
1️⃣ HARI LAGI ?
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 24, 2024
?????????? ?? ?? ???? ? ????? ??? ??
? 25 September 2024 - Rabu
⏰ 9.00 pm
? Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak#ShopeeCup#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/sUIv5zlviU
"Kami tewas dalam aksi pembukaan jadi dalam aksi esok semestinya kami mahukan kemenangan. Persediaan kami sama seperti semua pasukan, kami mempunyai pemain seperti Shahrul Nizam, Nelson Bonilla yang tidak dapat beraksi esok.
"Mereka pasukan yang baik saya telah melihat mereka bermain sebelum ini. Mereka mempunyai kualiti tersendiri tetapi saya berharap pemain saya dapat beraksi dengan baik esok.
"Kami tidak boleh memandang rendah pasukan lawan kerana ini adalah bola sepak. Kadangkala kita mempunyai banyak peluang tetapi tidak dapat menoktahkan dengan jaringan. Kami mahu sokongan daripada peminat, " katanya dalam sidang media praperlawanan sebentar tadi.
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) September 18, 2024
Dalam pada itu, dengan ketiadaan beberapa tonggak utama di bahagian serangan, Safawi Rasid, berasakan pemain yang dipilih oleh jurulatih beraksi esok perlu menterjemahkan prestasi terbaik mereka dengan meraih tiga mata.
"Saya rasa sesiapa sesiapa yang diturunkan perlu memberikan aksi yang terbaik. Kami tidak kisah siapa yang menjaringkan gol tetapi perkara paling penting adalah tiga mata." katanya.