Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Setiap perlawanan penting buat JDT -- Xisco Munoz

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xisco.jpg
Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, berkongsikan pasukannya sudah melakukan 'kerja rumah' menjelang aksi pertama saingan Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup 2025/26 berdepan Lion City Sailors, esok. 

Dia turut berkongsikan matlamat skuad Harimau Selatan adalah jelas bahawa setiap perlawanan sangat penting selain memberikan aksi terbaik untuk mencipta kemenangan.

"Kami mengkaji pihak lawan bagaimana corak permainan mereka, saya juga tahu situasi mereka dalam aksi terakhir. Ia perlawanan yang penting.

"Dalam fikiran kami adalah untuk memberikan persembahan terbaik dan raih tiga mata pertama, kami tahu kami ada banyak perlawanan tetapi kam juga ada 34 pemain yang bagus.


 


"Apa yang kami cuma pamerkan adalah mentaliti kemenangan, tanpa mengira pihak lawan kami perlu perlu berikan yang terbaik dengan jaringan yang maksimum.

Ketika ditanya mengenai matlamat pasukannya dalam kejohanan itu, Xisco berkongsikan: "Ia kejohanan baru buat kami, buat JDT ia sangat jelas bahawa semua perlawanan, latihan sangat penting buat kami. 

"Jawapannya sangat jelas, kami akan berikan yang terbaik dalam apa juga situasi." tambahnya.
 
Football Shoes

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda

Dengan kasut bola Puma, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.


Order Sekarang

Advertisement

Must Watch Video