Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Selangor pasukan besar di Malaysia -- Jurulatih Tampines Rovers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

noh.jpg
'Selangor pasukan besar di Malaysia'


Itu pandangan ketua juruatih Tampines Rovers, Noh Rahman,  menjelang aksi kedua kedua Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, esok.

Dia turut berkongsikan meskipun terdapat dua atau tiga pemain The Red Giants yang perlu diberikan tumpuan, namun mahu pasukannya turun dan memberikan saingan sengit kepada naib juara Liga Super 2024/25 itu.

"Kami melihat aksi Selangor tetapi lebih fokus pada permainan kami untuk berikan aksi terbaik. 

"Beraksi dalam tiga kejohanan berbeza sukar untuk mengekalan prestasi terbaik, jadi pertukaran pemain adalah bagus.

"Jika bercakap mengenai Selangor, ada dua dan tiga pemain yang kami berikan perhatian. Mereka bagus ketika beraksi secara kolektif. Kami cuma perlu fokus pada pasukan dan berikan saingan.

"Selangor pasukan besar di Malaysia, saya jangkakan kehadiran ramai penyokong. Tetapi saya maklumkan kepada pemain ini adalah cabaran terbaik buat mereka.

"Saya rasa Selangor masih pasukan yang besar, kami turun untuk bersaing dengan mereka." katanya.

Untuk rekod, Tampines menewaskan Cebu dalam aksi pertama kejohanan itu di Stadium Rizal Memorial pada Ogos lalu.
 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video