Selepas hampir semusim berehat akibat jangkitan kuman di kaki, pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan, kembali dengan satu impian besar iaitu melakukan debut di pentas ACC Shopee Cup 2025/26.
Perkara itu menjelang aksi menentang Bangkok United esok ketika pemain warisan negara itu sudah membuat penampilan dalam Liga Super bertemu Imigresen dan Sabah baru-baru ini.
"Saya bekerja keras untuk kembali beraksi semula, saya dalam keadaan baik. Terima kasih jurulatih kerana berikan minit permainan dalam aksi terakhir.
"Terima kasih kepada barisan perubatan pasukan dan barisan kejurulatihan sehingga saya dapat beraksi semula, dapat kembali bermain bola sepak adalah perkara terbaik sebagai pemain bola sepak," katanya.
Sementara itu, tonggak tengah Bangkok United, Kyoga Nakamura, mengakui cukup teruja untuk berdepan JDT yang dibarisi rata-rata pemain utama skuad Harimau Malaya.
Selain Arif Aiman, Nazmi Faiz Mansor, Corbin Ong dan Jon Irazabal, pemain kebangsaan Singapura ini juga akan bertemu semula dengan bintang warisan negara Joao Figueiredo yang menjadi duri dalam daging kekalahan 1-2 skuad Singa itu di Bukit Jalil, pada 4 September lalu.
"Saya pernah beraksi berdepan Malaysia, mereka miliki ramai pemain berbakat seperti Arif Aiman, sangat banyak. Kami teruja beraksi berdepan JDT, kami akan cuba lakukan yang terbaik." tambah pemain kebangsaan Singapura itu.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang