Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Kami bermain dengan baik tapi ... -- Pertahanan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kevin.jpg
Naib juara Liga Super, Selangor, nyaris mengejutkan gergasi Thailand, Buriram United, di tempat lawan dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, semalam.

Di sebalik kesukaran menterjemah serangan, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi akhirnya berhasil memanfaatkan satu-satunya percubaan tepat dalam babak pertama untuk memimpin kedudukan pada minit-38 menerusi penyerang dari Brazil, Chrigor Moraes.

Kelebihan jaringan yang berpunca daripada gerakan Nooa Laine juga memaksa Buriram meningkatkan tempo permainan dalam usaha mencari jaringan penyamaan hingga menyaksikan hampir 20 percubaan dilancarkan...

Namun, kubu dikawal rapi Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi itu roboh jua ketika memasuki minit ke-6 masa kecederaan oleh ledakan pemain import dari Austria, Peter Zulj, sekali gus membawa pulang satu mata sebelum menerima kunjungan Tampines Rovers pada 24 September depan.

 

"Saya sangat bangga dengan rakan sepasukan.

"Kami bermain dengan sangat baik sehingga kami dibolosi pada minit akhir permainan.

"Ia sangat tidak bernasib baik. Saya tidak gembira dengannya," kata pertahanan, Kevin Deeromram. 
Redoxon

Kekal Kuat, Bangkit Semula

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu pertahanan badan anda supaya terus aktif walaupun berdepan cabaran.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video