Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: JDT mudah tewaskan Bangkok United 4-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shopee.jpg
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), kini menghuni tempat pertama Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup selepas mengumpul dua kemenangan, setakat ini.

Selepas menewaskan Lion City Sailors, Harimau Selatan meneruskan rentak kecemerlangan dengan menundukkan jaguh Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Bangkok United, 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi. 

Hatrik daripada penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva, cukup memberikan mimpi ngeri kepada penjaga gol kebangsaan Thailand, Patiwat Khammai. 

 

Tidak terhenti dengan tiga gol, warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, juga tidak ketinggalan mencatatkan nama selaku penjaring, sekali gus membuatkan Bangkok United terpaksa akur pulang dengan kehampaan. 

Selepas ini, skuad kendalian Xisco Munoz akan bertemu PKR Svay Rieng untuk aksi seterusnya dalam kejohanan bertaraf Asia Tenggara (ASEAN) itu pada Disember depan.
JDT

Bukan Sekadar Jersi, Tapi Identiti

Daripada padang ke jalanan, jersi JDT melambangkan semangat juang dan sokongan padu anda.


Gayakan Jersi JDT

Advertisement

Must Watch Video