ACC Shopee Cup: Jaringan tunggal Haqimi Azim pastikan KL City lepasi halangan pertama

Saufi Tahir
Ogos 22, 2024 23:00 MYT
Kuala Lumpur City melakar kemenangan pertama dalam kempen ACC Shopee Cup 2024 selepas menewaskan wakil Filipina, Kaya-Iloilo, 1-0 di Stadium Cheras, sebentar tadi.
Muhammad Haqimi Azim Bin Rosli membuka jaringan terlebih dahulu buat KL City selepas menolak masuk hasil hantaran lintang daripada kapten pasukan, Paulo Josue pada minit ke-12 dalam aksi separuh masa pertama.

First goal in the Shopee Cup! Haqimi Rosli ?‍??#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/rBk1CJsGSs

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedudukan 1-0 itu terikat hingga wisel penamat dengan Kaya-Iloilo tidak berjaya mencari jaringan penyamaan selepas kelab warga kota mudah menangkis setiap serangan untuk memastikan KL City meraih tiga penuh di laman sendiri.

Sikit lagi der?‍?#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/Dn0Iy6Aqyu

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kendalian Miroslav Kuljanac bakal menghadapi wakil Indonesia, Borneo Samarinda, dalam aksi kedua ACC Shopee Cup 2024 pada 26 September 2024 di Stadium Cheras.

? Haqimi Azim's first half strike wins it for the hosts!#ShopeeCup#ASEANUtdFC pic.twitter.com/HCY1Z39apZ

— ASEAN United FC (@aseanutdfc) August 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #KL City #Haqimi Azim #ACC Shopee Cup