PIALA ASEAN

ACC Shopee Cup: Info siaran langsung (Live streaming) Buriram United vs KL City

Muzaffar Musa 05/02/2025 | 23:05 MYT
Kuala Lumpur City akan membawa misi hidup-mati dalam aksi terakhir Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup menentang Buriram United di Arena Chang malam ini.
Selepas empat perlawanan, skuad Warga Kota itu mengumpulkan enam mata, hanya satu mata dipisahkan dengan pasukan di tangga kedua, Buriram.
Justeru itu, hanya kemenangan dalam aksi berkenaan dapat menjamin kelayakan The City Boys ke separuh akhir sambil berharap Borneo Samarinda -- yang turut mengumpulkan enam mata -- tidak melakukan kejutan ke atas pendahulu, Cong An Hanoi.
Saksikan perlawanan penuh mendebarkan ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada jam 8.00 malam ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak #Kuala Lumpur City FC #Buriram United #Info Siaran Langsung #Live Streaming #ACC Shopee Cup
;