Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Dua gol naif JDT bunuh kami -- Kapten Lion City Sailors

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lcs.jpg
Ketua pasukan Lion City Sailors (LCS), Toni Datkovic, menjelaskan bahawa wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) berhak mendapatkan kemenangan ke atas mereka susulan prestasi yang kurang menyakinkan oleh para pemain dalam perlawanan Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, semalam.

Naib johan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) itu kelihatan buntu selepas Harimau Selatan pantas merekodkan dua jaringan pada separuh masa pertama, sekali gus meruntuhkan moral dan motivasi kelab Singapura itu.

Dua gol daripada penyerang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, dalam babak pertama sebelum Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M), Arif Aiman Hanapi, melengkapkan kemenangan tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

"Seperti aksi sebelum ini ketika kami tewas kepada Tampines Rovers dalam perlawanan Perisai Komuniti, kami juga tidak bermula dengan baik berhadapan JDT.

"Kami melepaskan dua gol yang naif dan sukar untuk bangkit semula.

"Kami tahu ia akan menjadi permainan yang sukar. Kami cuba untuk menyerap tekanan dan kembali bermain dengan sempurna pada minit akhir, tetapi ia sudah terlambat," katanya.

 

Dengan beberapa pertukaran dibuat, LCS masih gagal melakar kebangkitan dan terpaksa berpuas hati dengan gol sagu hari dihasilkan oleh Shawal Anuar.

"Kami setuju bahawa gaya permainan lebih berbeza pada separuh masa kedua.

"Kami ada mengatur serangan, tetapi ia tidak berlaku seperti yang kami harapkan," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video