Skip to main content

Bola Sepak

AC Milan benam Inter untuk julang Piala Super Itali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ac-milan.jpg

INTER MILAN 2 AC MILAN 3

Jaringan minit akhir Tammy Abraham melengkapkan kebangkitan AC Milan untuk menewaskan Inter Milan 3-2 dan muncul juara Piala Super Itali 2024/25 di Stadium Universiti King Saud, Riyadh, awal pagi tadi.

Anak buah Sergio Conceicao bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk memastikan kemenangan buat Rossoneri sekali gus menafikan kemenangan keempat berturut-turut Inter Milan untuk membawa pulang trofi kejohanan itu.



 

Inter mendahului terlebih dahulu menerusi Lautaro Martinez dan Mehdi Taremi yang mudah menewaskan Mike Maignan, namun sepakan percuma Theo Hernandez memecahkan kebuntuan Milan sebelum Christian Pulisic menambah jaringan untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-80.


 


Ketika perlawanan berbaki dua minit terakhir, Abraham yang masuk sebagai pemain gantian membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa hadapan gawang selepas mudah menolak masuk bola hantaran Rafael Leao untuk jaringan kemenangan buat AC Milan menjulang Piala Super Itali.
 

Advertisement

Must Watch Video