Skip to main content

Bola Sepak

ABK20: Saya memang berhak -- Michael Feichtenbeiner

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michael-feichtenbeiner.jpg
"Setiap calon pasti ada kualiti." Itu tegas jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, yang menganggap pencalonannya relevan biarpun hanya membawa skuad utama dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.

Feichtenbeiner turut menegaskan pencalonan penyerang utama Selangor, Ifedayou Olusegun, adalah pilihan tepat untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori penyerang terbaik bagi musim 2020 yang akan diketahui pada 30 Disember ini. 

Berada dalam senarai 10 jurulatih terbaik bagi musim 2020 dalam senarai yang diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini sambil undiannya akan dibuka esok, pembimbing dari Jerman itu menganggap ia sebagai satu penghargaan.

Dia yakin kredibiliti yang dimilikinya juga diukur berdasarkan prestasi Selangor II dalam lapan perlawanan Liga Perdana.

"Secara keseluruhannya, saya mengendalikan 12 perlawanan.

"Tetapi pujian harus diberikan kepada pemain, pengiktirafan ini juga untuk pemain dan pasukan.

"Kalau saya memenangi sesuatu, ia pastinya untuk barisan kejurulatihan dan pasukan," katanya ketika ditemui wakil Astro Arena, Fina Nasrom, di Kompleks Sukan Kelana Jaya hari ini. 

 

? ABK20 VIRTUAL: UNDIAN PENYOKONG KINI DIBUKA! Klik untuk mengundi pemain pilihan anda sekarang! ➡️...

Posted by Malaysian Football League on Sunday, December 20, 2020



Menerusi pencalonan bagi kategori penyerang pula, Fenchtenbeiner tidak teragak-agak untuk menamakan penggempur dari Nigeria itu sebagai calon terbaik.

Anugerah Kasut Emas yang dimiliki pemain itu pada musim lalu dianggap sebagai bonus untuk dijadikan sebagai penilaian paling tepat.

"Dia menyumbat banyak gol terutama pada penghujung musim lalu dalam Liga Super termasuk Piala Malaysia.

"Dia seorang penyerang yang cukup berbisa dalam saingan pendek musim ini jadi saya berasakan dia penggempur terbaik dalam beberapa bulan terakhir ini," katanya lagi. 


 

CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2020 VIRTUAL ? KATEGORI: PENYERANG TERBAIK ⚽️ Undian akan dibuka bermula jam 10 pagi esok. Nantikan! #ABK20

Posted by Malaysian Football League on Saturday, December 19, 2020


Dalam masa yang sama, Shahrel Fikri Md Fauzi turut tersenarai sebagai calon penyerang terbaik 2020.

Dalam pada itu, penyerang Terengganu, Dominique da Silva, teruja dengan pencalonan kali pertama sepanjang kariernya.

Begitupun, dia mengakui persaingan agak sengit namun menganggap dirinya antara calon pilihan berdasarkan kemampuannya mencabar Kasut Emas selain penilaian sepanjang musim, bukan bersandarkan kedudukan akhir semata-mata.

"Saya sangat gembira. Bukan mudah untuk merebutnya memandangkan Kasut Emas menjadi milik Ifedayo. 

"Dia memiliki sedikit kelebihan berbanding kami. Yang terbaik pasti akan terpilih," kata pemain berumur 31 tahun itu. 

 

MFL UMUM SENARAI CALON LIMA KATEGORI ABK 2020 VIRTUAL Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba...

Posted by Malaysian Football League on Saturday, December 19, 2020
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video