Skip to main content

Bola Sepak

ABK20: Farizal Marlias hormati saingan penjaga gol lain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farizal-marlias.jpg
Farizal Marlias mengelak daripada dilabel sebagai calon utama kategori Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK20) biarpun pernah mengunggulinya sebanyak empat kali. 

Anak jati Pahang itu yang beraksi untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan menganggap calon lain juga memiliki kredibiliti tersendiri yang perlu dinilai semua pihak menjelang keputusan akhir undiannya pada 30 Disember ini. 

"(Saingan) tahun ini sangat sengit sebab calon-calon lain juga bermain dengan baik. 

"Paling saya banggakan ialah kejayaan pasukan dan pencalonan ini satu bonus. 

"Terpulang kepada pengundi untuk menilai prestasi kami," katanya ketika diwawancara maya. 


 

?️ UNDIAN PENYOKONG ABK20 VIRTUAL ? KATEGORI: PENJAGA GOL TERBAIK ? Sudahkah anda mengundi pemain pilihan anda? Klik ➡...

Posted by Malaysian Football League on Tuesday, December 22, 2020


Namun, berdasarkan pengalamannya, kejayaan peribadi juga mampu melonjakkan motivasi mana-mana pemenang untuk menghadapi cabaran dalam musim berikutnya. 

"Sebagai pemain, saban tahun kami perlu tingkatkan prestasi. Kami tidak boleh ambil mudah dengan kedudukan sekarang.

"Kalau dapat anugerah sekalipun, kami tidak boleh ambil mudah.

"Ia seharusnya menjadi pembakar semangat untuk meneruskan momentum dan ketekalan prestasi seseorang pemain itu."

Calon akhir penjaga gol terbaik ABK20 bagaimanapun tidak menampilkan wakil daripada naib juara Liga Super, Kedah.

Begitupun, pasukan jiran, Pulau Pinang mempunyai wakil iaitu Samuel Somerville manakala wakil dari Borneo, Kuching FA, menerusi Iqbal Suhaimi.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video