Skip to main content

Bola Sepak

ABK20: Aidil Shahrin Sahak anggap jurulatih JDT paling layak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-shahrin-sahak.jpg
Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak, yang turut tersenarai dalam 10 pilihan jurulatih bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) menganggap calon pilihan bagi jurulatih terbaik seharusnya berlandaskan prestasi dan pencapaian bagi musim ini.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan undian anugerah itu, yang akan dijalankan secaya maya pada 30 Disember ini, mula dibuka esok. 

Berikutan saingan liga yang pendek, pilihan jurulatih kelahiran Singapura itu terarah kepada pencapaian yang dilakar pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, yang cemerlang membawa pasukannya menjulang satu-satunya trofi musim 2020.

"Benjamin Mora telah melakukan tugasnya dengan amat baik dalam 11 perlawanan.

"Dia berhak terpilih (sebagai pemenang)," katanya ketika dihubungi Astro Arena. 

Aidil Sahak sudah pun tiba di Malaysia dan terpaksa menjalani proses kuarantin selama 10 hari di Kuala Lumpur.


 

MFL UMUM SENARAI CALON LIMA KATEGORI ABK 2020 VIRTUAL Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba...

Posted by Malaysian Football League on Saturday, December 19, 2020


Skuad Lang Merah sudah pun memulakan program pra-musim pada minggu ini, tetapi dengan situasi yang dilalui Aidil Sahak, dia terpaksa menggunakan kaedah lain untuk mendapatkan perkembangan terkini pasukannya.

"Setiap pagi saya akan berikan arahan kepada barisan kejurulatihan.

"Saya tetap pantau latihan dan pembantu-pembantu saya memberi sokongan selain melakukannya dengan baik."

Menurut bekas Felda United, Nidzam Jamil, kejayaan membawa pasukan dalam Piala Malaysia dan memenangi Liga Super bukan jaminan untuk diangkat sebagai jurulatih terbaik. 

Ia pernah dibuktikan Dollah Salleh dan B. Sathianathan yang memenanginya tatkala 
Johor Darul Ta'zim (JDT) unggul dalam Liga Malaysia.

Tetapi Mehmet Durakovic ada kelebihan tersendiri ketika membawa Perak pada 2018.

"Perkara ini sangat subjektif tetapi untuk berada dalam 10 (terbaik) kerana dia berjaya mewujudkan harapan untuk pasukan Selangor. 

"Tetapi secara adil, ada jurulatih yang (memainkan peranan dalam) 11 perlawanan, jadi saya setuju apa yang dikatanya (Aidil Shahrin) bahawa dia tidak patut berada dalam senarai itu.

"Adalah normal buat mana-mana jurulatih untuk mengatakan mereka tidak mahu menang. 

"Sebagai pemerhati yang bersaing dengan mereka, Aidil Sahak saya rasa sebab (dia terpilih) (atas faktor) cabaran yang dilaluinya dalam satu masalah seperti gaji dan banyak bermain di tempat lawan.

"Saya rasa ia agak mengagumkan," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video