LIGA SUPER MSIA

ABK 24/25: MFL beri peluang peminat undi pemain, jurulatih terbaik

Ariez Danysh 12/03/2025 | 04:31 MYT
Peminat setia bola sepak tanahair berpeluang memilih pemain dan jurulatih terbaik untuk 11 kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25.
Malaysian Football League (MFL) sudah menyediakan pautan undian kepada peminat untuk memilih pemain yang layak menerima anugerah ABK 2024/25.
Peminat boleh mengundi menerusi aplikasi MFL dan undian akan tamat pada 16 Mac, jam 11.55 malam.
#bola sepak #MFL #Malaysian Football League #ABK #Anugerah Bola Sepak Kebangsaan