Penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT) Bergson da Silva, menganggap peluang mencatat hatrik sebagai pemain import terbaik Liga Malaysia sebagai dorongan terbaik dalam karier.
Bergson ketika ditemubual Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bagaimanapun menegaskan setiap titik keringat yang dicurahkan bukan kerana mahu mengejar pencapaian peribadi.
Bergson jadi calon pilihan untuk mempertahankan gelaran buat kali ketiga berturut-turut setelah mempamer aksi cemerlang bersama Harimau Selatan sepanjang musim ini.
Ia menyaksikan Bergson yang juga calon pemain naturalisasi negara melakar rekod baharu sebagai penjaring terbanyak Liga Super satu musim dengan 32 gol.
Selain Bergson, rakan sepasukannya Juan Muniz dan tonggak Selangor, Alvin Fortes juga bersaing merebut trofi dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025.
Apa pun, rata-rata peminat teruja menanti khabar gembira mengenai status Bergson seiring dengan perjuangan skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Asia.