Skip to main content

Bola Sepak

Abdul Azim janji banggakan penyokong Perak musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-fc.jpg
Perak FC menyambut baik pengumuman Malaysian Football League (MFL) yang membatalkan perlawanan playoff sekaligus menyaksikan pasukan Seladang itu layak bertanding di Liga Super 2023 secara merit.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata, dengan pengumuman kini pasukannya mampu untuk melakukan persediaan dengan lebih awal bagi bersaing dalam Liga Super pada musim hadapan.

“Usaha kami pada awalnya untuk tetap dengan pengukuhan struktur kelab serta membina kembali Perak FC.

“Kini Perak FC boleh membina skuad dengan lebih teliti dan realistik untuk bersaing dalam Liga Super bersama pasukan-pasukan yang terhebat di liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, First Instance Body (FIB) memaklumkan bahawa tiada aksi playoff bagi slot Liga Super 2023 susulan beberapa Kelab Liga Amatur M3 tidak menepati kriteria kelab profesional.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua kelab itu tidak melepasi syarat yang ditetapkan dan ada yang tidak dapat melengkapkan dokumentasi yang diperlukan untuk mendapatkan lesen.

Sementara itu, Abdul Azim turut berjanji kepada peminat akan cuba memberikan lebih baik berbanding apa yang ditampilkan pada musim ini.

Malah beliau juga turut berterima kasih kepada semua pihak antaranya pihak pengurusan kelab dan penyokong setia The Bos Gaurus yang sentiasa memberikan sokongan padu meskipun berhadapan situasi yang sukar sebelum ini.

“Sebagai tanda penghargaan, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kerja keras pihak pengurusan serta semua kakitangan Perak FC dan dalam usaha untuk memastikan Perak FC mematuhi syarat-syarat pelesenan kelab, tanpa mengira posisi Perak FC di liga.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Perak FC yang tidak putus-putus menyokong kami pada tahun ini walaupun berada di dalam keadaan yang sukar.

“Dengan kembalinya Perak FC ke Liga Super, kami akan mencuba sesuatu yang baru untuk memastikan penyokong akan berasa bangga yang anda peminat setia Perak FC,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video