BOLA SEPAK
Aaron Ramsey kembali sarung jersi Cardiff
Ketua pasukan Wales, Aaron Ramsey, melengkapkan perpindahan ke pangkuan Cardiff semula dengan kontrak dua tahun.
Ramsey membuat 22 penampilan untuk The Bluebirds ketika remaja dan enam lagi secara pinjaman daripada Arsenal pada 2011 dan kekal sebagai pemain termuda mereka.
Setelah beraksi untuk mereka dalam perlawanan akhir Piala FA 2008, dia memenangi pertandingan yang sama sebanyak tiga kali lagi ketika bersama The Gunners selain gelaran Serie A dan Coppa Italia bersama Juventus dan Piala Scotland ketika dipinjamkan ke Rangers sebelum menyertai Nice.
Ramsey memberitahu laman sesawang Cardiff: “Rasanya seperti sukar dipercayai untuk akhirnya kembali ke sini. Saya selalu terlintas bahawa pada suatu hari nanti saya akan kembali dan kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
“Kembali dengan keluarga saya dan di kelilingi wajah yang dikenali adalah sesuatu yang hebat jadi saya gembira dapat kembali ke sini.
"Saya amat merindui kampung halan pada lalu jadi amat penting bagi saya untuk kembali bersama mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Jelas sekali saya adalah peminat Cardiff City dan tetap memantau mereka selama bertahun-tahun sejak saya berkelana.
"Kami menempuh beberapa kekecewaan tetapi juga pencapaian hebat, saya mahu berada dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mewakili Cardiff di pentas besar.
"Sasaran saya ialah untuk mencuba dan membantu rakan sepasukan saya serta kelab ini kembali ke puncak.
“Saya banyak terhutang budi kepada Cardiff, kepada peminat, kepada semua orang yang pernah berada di kelab ketika saya berada di sini sebagai seorang anak muda. Kini, saya sudah menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan semoga kami mampu mencapai matlamat yang kita diharapkan, tiada perasaan yang lebih baik daripada itu."