Skip to main content

Bola Sepak

77 penampilan, 23 gol untuk Bolton Wanderers! Kini sah milik Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

choy.jpg
Bekas pemain Nottingham Forest, Zach Clough, diumumkan sebagai pemain baru Selangor bagi mengadapi kempen bagi musim 2025/26 nanti.

Pemain berusia 30 tahun itu merupakan pemain import kelima selepas Willian Lira, Chrigor Moraes, Picha Autra dan Omid Musawi.

"Clough, 30 tahun, memulakan karier profesionalnya bersama Bolton Wanderers F.C. sebagai salah seorang prospek muda kelab yang berpotensi tinggi. 


 



"Beliau berjaya menembus masuk ke pasukan senior Bolton Wanderers F.C. pada tahun 2015 dan mencatat 23 gol dalam 77 penampilan. Bakatnya kemudian membantu beliau ke Nottingham Forest F.C. untuk 31 perlawanan, sebelum bersama Wigan Athletic F.C. dan Carlisle United F.C," menerusi perkongsikan Selangor.

Dalam pada itu, Zach berkongsikan kehadirannya ke Lembah klang itu bagi menambah pengalamnnya dalam bola sepak selain komited untuk membantu Selangor.

"Saya akan fokus untuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan bekerja keras, bergaul dengan rakan sepasukan, dan memahami apa yang dimahukan oleh barisan jurulatih. 

"Saya juga mempunyai pengalaman bermain di bawah beberapa pengurus di kelab yang berbeza sebelum ini. Pengalaman tersebut telah membentuk diri saya, dan saya percaya ini akan membantu saya untuk bersedia menghadapi cabaran baharu di Selangor ini dan memberikan segala-galanya untuk pasukan."

"Sukan bola sepak satu permainan yang bergerak dengan pantas, saya rasa baru sahaja berusia 18 tahun semalam, dan sekarang saya sudah berusia 30 tahun. 

"Sejujurnya, ini membantu saya untuk menghargai perjalanan hidup dan menikmati setiap saat yang ada dengan baik. Dalam masa yang sama, datang ke Malaysia dan sertai Selangor FC bukan sekadar keputusan untuk bola sepak, tetapi ini akan menambah pengalaman yang bermakna dalam hidup saya.

"Peluang seperti ini tidak selalu datang, dan saya mahu manfaatkannya dengan baik, terutamanya untuk diri saya sendiri, keluarga dan para penyokong." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video