Skip to main content

Bola Sepak

31/03/2026 -- Penyerang naturalisasi Vietnam beri amaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafaelson-nguyen-xuan-son.jpg
Penyerang naturalisasi Vietnam, Rafaelson, atau kini dikenali sebagai Nguyen Xuan Son, seakan-akan memberikan amaran buat Harimau Malaya selepas pasukannya tumbang di Bukit Jalil pada Selasa lalu.

Vietnam tewas besar 0-4 kepada skuad negara dalam aksi kedua Kumpulan F, pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rafaelson tidak dapat menyertai perlawanan itu kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecderaan.

Bagaimanapun, dia dijangka akan kembali memperkuatkan Vietnam ketika kedua-dua pasukan kembali bertemu dalam aksi terakhir pusingan kelayakan itu tahun depan.



Sejurus kekalahan pasukannya, pemain kelahiran Brazil berusia 28 tahun itu mengirimkan satu kiriman Instagram Story dengan tulisan 31/03/2026, di mana ia merupakan tarikh bagi pertemuan semula Malaysia dan Vietnam di Hanoi.

Seakan-akan memberikan amaran, Rafaelson setakat ini sudah menjaringkan tujuh gol daripada lima penampilan peringkat antarabangsa sejak mula mewakili Naga Emas pada penghujung tahun lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video