Skip to main content

Bola Sepak

30 Oktober: Jurulatih JDT rindu 3 bintang warisan, harap ada sinar rayuan FAM-FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
'Saya gembira jika mereka bersama kami'

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, mengharapkan ada sinar besar menjelang keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan tujuh pemain warisan, esok.

Ia, selepas tiga daripadanya, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal, merupakan tonggak penting yang digantung 12 bulan akibat pemalsuan dokumen.

"Mereka sangat penting bagi kami. Dan, mereka berada dalam perancangan kami, sebelum ini.

"Saya sangat merindai mereka, hampir setiap hari.

"Mereka sentiasa membantu saya dalam membentuk pasukan hebat.

"Kita lihat apa akan terjadi.

 

"Buat masa sekarang, kami perlu profesional dan mengetepikan emosi untuk memberi fokus tentang perkara di hadapan.

"Apabila anda memiliki skuad yang besar, anda harus mempunyai pelbagai pelan.

"Saya gembira jika mereka bersama saya, tetapi kami tetap mematuhi segala yang ditetapkan," katanya di Nadi Arena.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam sidang media khas Sabtu lalu, mengakui kemungkinan hukuman berkenaan akan dikekalkan FIFA, namun katanya tidak mustahil hukuman 12 bulan boleh dikurangkan menjadi tempoh lebih pendek bagi membolehkan tujuh bintang berkenaan segera kembali aktif beraksi.

Selain tiga pemain Harimau Selatan itu, empat pemain lain yang turut dikenakan hukuman ialah Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca dan Gabriel Palmero.
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video