Sebelum ini, pengendali berusia 44 tahun itu sememangnya ingin meninggalkan skuad The Catalan itu namun, Presidennya, Joan Laporta, meminta untuk dia terus mengemudi barisan pemain pasukannya.
Badan pengurusan skuad Barcelona telah mengadakan mesyuarat di Ciutat Esportiva Joan Gamper sambil dihadiri oleh Naib Presiden, Rafa Yuste, dan Pengarah Teknikal, Anderson Luis de Souza bagi membincangkan hala tuju pengurus pasukan itu.
▶ FC Barcelona official statementhttps://t.co/yJRoC1n9YS
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 24, 2024
Keputusan sebulat suara dibuat selepas perbincangan itu tamat.
"Barcelona ingin mengucapkan terima kasih kepada Xavi atas dedikasinya sebagai jurulatih sebelum ini kerana memberikan komitmen yang tinggi sebagai bekas pemain terhadap pasukan ini.
"Pengurusan tertinggi Barcelona mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaannya di dunia selepas ini," kenyataan bertulis.
Sebagai rekod, Xavi telah mengetuai skuad tersebut sebanyak 142 perlawanan dan merekodkan 89 kemenangan dalam semua kejohanan.