Tiga pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) terpilih menjalani sesi ujian bersama Akademi Kelab Liga Perdana Bosnia and Herzegovina, FK Sarajevo, bermula esok sehingga 26 Julai.
Izzuddin Afif Nazaruddin dan Ilham Azani Mohd Azamin merupakan produk bawah 17 tahun (B-17) yang pernah beraksi dalam Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2024 di Laos.
Seorang lagi ialah Iman Danish Mohd Shukor daripada B-16 yang menjadi tonggak utama skuad kebangsaan bertanding FIFA Youth Series di Zurich, Switzerland bulan lalu.
Ketiga-tiga pemain ini sedang menempa nama dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia di bawah penganjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mewakili AMD tahun ini.
Majlis Sukan Negara (MSN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pemilik kelab FK Saravejo, Ismir Mirvic dan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun atas komitmen dan sokongan berterusan dalam usaha memperkasa pembangunan bola sepak tanah air dan memainkan peranan penting dalam membantu MSN menyediakan platform berprestij di peringkat antarabangsa kepada pelatih terbaik AMD untuk mengetengahkan bakat mereka.
Untuk rekod, kali terakhir pemain negara meraih kontrak bersama kelab utama Eropah adalah menerusi Lukman Hakim Shamsudin bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, pada 2020.