Skip to main content

Bola Sepak

2022-23 mungkin musim terakhir Moura di Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lucas-moura.jpg
Lucas Moura teruja untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Tottenham tetapi memberikan gambaran bahawa musim baru ini mungkin akan menjadi kempen terakhirnya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenan.

Moura menyertai Spurs daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2015 dengan kontrak selama lima tahun, di mana ia akan tamat pada Jun tahun depan.

Pemain berusia 29 tahun itu melakukan 34 penampilan dalam EPL musim 2021-22, menghasilkan dua gol dan enam bantuan jaringan selain mencipta 34 peluang untuk Tottenham layak ke pusingan kelayakan UCL.

Dua rakan senegaranya dari Brazil, Richarlison dan Raphinha, sedang hangat dikaitkan untuk menyertai Spurs dalam usaha Antonio Conte memperkuatkan pasukan bagi saingan Eropah selepas sah menandatangani Fraser Forster, Ivan Perisic dan Yves Bissouma.

Moura juga perlu bersaingan dengan Harry Kane, Son Heung-min dan Dejan Kulusevski dalam perebutan mengisi kesebelasan utama, di mana rangkaian tiga pemain itu telah memberikan kejayaan buat Spurs sepanjang separuh kedua musim lalu.

Ketika Moura teruja untuk bersaing dalam kejohanan tertinggi peringkat Eropah itu bersama Conte, dia mendedahkan bahawa musim 2022-23 mungkin menjadi kempen terakhirnya bersama Tottenham.
 
"Ideanya adalah untuk melengkapkan kontrak. Ia masih ada setahun lagi dengan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi, bahagian yang ditentukan oleh kelab ini," katanya kepada wartawaan, Andre Hernan.

"Jadi, pada penghujung musim baru ini, jika kelab ini mahu melanjutkannya setahun lagi, mereka mempunyai pilihan itu.

"Tetapi pandangan saya adalah seperti ini, melengkapkan kontrak, bermain dalam UCL, kami sudah tidak bermain dalam UCL selama dua tahun dan kini kami boleh menyertainya, mungkin UCL terakhir saya bersama Tottenham.

"Jadi ideanya sudah ada, melengkapkan kontrak, kemudian menjadi bebas dan memilih arah tuju saya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video