Arsene Wenger berkata dia gusar aksi Liga Europa berdepan FC Cologne awal pagi tadi akan dibatalkan susulan dilengahkan gara-gara masalah penonton.
Skuad kendalian Wenger berjaya melakar kemenangan 3-1 di Stadium Emirates meskipun sebelum itu perlawanan ditangguhkan satu jam ekoran masalah kebanjiran penyokong di London.
Dilaporkan 20,000 penyokong Cologne tiba di London meskipun hanya 3,000 tiket dijual, dengan beberapa penyokong kelab Jerman itu masuk ke dalam stadium sebelum senario tegang itu berjaya dikekang pihak berkuasa.
Bercakap selepas Sead Kolasinac, Alexis Sanchez dan Hector Bellerin memastikan kemenangan tuan rumah dalam Kumpulan H, Wenger memberitahu media: "Kami menanti dengan penuh kesabaran dalam bilik persalinan tetapi banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya ketika itu.
"Adakah perlawanan akan ditangguh? Bila kami akan bermain? Minggu depan? Tengah minggu? Terdapat banyak spekulasi.
"Sampai satu tahap, saya berpendapat mungkin mereka tidak akan meneruskan perlawanan itu. Saya tahu pihak polis enggan mengambil risiko yang akan membahayakan keselamatan orang ramai.
"Bagaimanapun, penyokong kami berjaya menangani masalah tersebut. Tiada sebarang kekasaran berlaku di luar dan di dalam stadium dan segala-galanya berjalan dengan baik selepas perlawanan berakhir.
"Adakah ia perkara yang betul dengan meneruskan aksi itu? Sudah tentu tidak.
"Penyokong Cologne cukup bijak. Saya tidak tahu bagaimana mereka mampu masuk ke dalam stadium. Saya tidak tahu sama ada mereka mendaftar sebagai penyokong Arsenal. Tetapi mereka berjaya melakukannya."