Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Piala Malaysia musim ini dalam usaha meningkatkan tahap pengadilan tempatan.
Sesi penerangan VAR diadakan di Johor Bahru hari ini, yang turut dihadiri Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang ingin melihat sendiri keberkesanan teknologi itu.
Barisan pengadil tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) turut menghadiri sesi penerangan itu bagi mendapat gambaran jelas mengenai penggunaannya.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh, teknologi VAR akan diuji terlebih dahulu dalam saingan Piala Malaysia musim ini sebelum digunakan sepenuhnya dalam saingan liga, musim depan.
"Untuk melaksanakannya pada tahun hadapan, kita perlu mulakan dari sekarang dan tidak boleh tunggu hingga saat-saat akhir.
"Tunku Ismail nampak berkenan dan saya telah merancang bersama-sama rakan lain dan akan diketengahkan dalam satu atau dua perlawanan pada musim ini sebagai latihan.
"Kemudian, kami akan boleh menggunakan teknologi VAR ini secara lebih serius dalam separuh akhir dan perlawanan akhir (Piala Malaysia)," ujarnya.
Tambah Subkhiddin, teknologi itu bukan sahaja membantu pengadil tetapi mengurangkan kesilapan dalam membuat keputusan.
Teknologi VAR sebelum ini sudah digunakan di Belanda, Amerika Syarikat (AS) dan juga Australia.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahkan seramai 15 hingga 20 pengadil profesional akan mula berkhidmat pada musim ini.
"Perkara ini akan dilaksanakan segera.
"Saya jangkakan ia akan diperkenalkan pada tahun depan tetapi prosesnya akan bermula dari sekarang.
"Ini kerana Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengenal pasti seramai 15 hingga 20 pengadil elit," katanya.