Skip to main content

Bola Sepak

16 sekolah rendah rebut gelaran sulung Bola Sepak B-12 F&N Magnolia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

magnolia-b-12.jpg
Sebanyak 16 pasukan sekolah rendah terbaik bakal berentap untuk merebut gelaran Raja Lembah Klang dalam Kejohanan Bolasepak B-12 F&N Magnolia 2025 yang diadakan buat julung kalinya. 

Membabitkan juara-juara sekolah daripada pertandingan Majlis Sukan Daerah (MSD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan sepanjang tahun lalu, kejohanan ini bakal diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 Subang Jaya, Oktober ini.

F&N Beverages Marketing menerusi jenama utamanya, 100Plus, sudah sekian lama menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menaja Liga KPM sejak ia mula diperkenalkan pada 2008.




"Buat masa ini kami nak meningkatkan pertandingan lebih berkualiti terutama di peringkat sekolah rendah.

"Ini mungkin satu batu loncatan kepada murid dan daripada segi pembesaran, susu adalah satu pemakanan yang amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak," kata Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri F&N Holdings Bhd, Norazrin Norsyam Yee.

 

Advertisement

Must Watch Video