Peningkatan bilangan pasukan setiap tahun jadi bukti nyata bahawa saingan Liga Wanita Super Selangor tidak pernah gagal meraih tempat dalam hati pencinta bola sepak wanita di Selangor.
Dengan bakal memasuki penganjuran kali keempat, saingan kali ini menyaksikan 16 pasukan bakal berentap dengan dua pertambahan pasukan baru.
Tiada istilah persaingan mudah dibaca, mungkin tahun ini juara bertahan dua tahun berturut turut iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) perlu lebih berwaspada jika mahu mencipta sejarah untuk melakar kejayaan hatrik.
"Kelainan tahun ini semestinya tempat kerana akan beraksi di Stadium Ampang Jaya (MPAJ) dan miliki padang tiruan yang berkualiti dan semestinya akan menyajikan permainan yang berkualiti.
"Pasukan sekarang juga telah ambil serius dalam kejurulatihan, mereka mula melantik jurulatih professional yang akan memberikan corak permainan yang lebih menarik," katanya.
Wakil pasukan Spicegirls, Aina Suraya Abdul Rahman, mendedahkan pasukannya melewati persediaan terbaik mereka dalam mencari kejuaraan sulung dalam penganjuran kali ini.
"Lebih banyak pasukan iaitu sebanyak 16, dan pemain baru serta muda. Saya turut berasa teruja untuk saingan liga kali ini. Spicegirls tahun lalu sampai suku akhir, tahun ini mungkin sasaran ke separuh akhir atau final." katanya.