Skip to main content

Bola Sepak

100PLUS perbaharui sokongan buat FAM, skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg

100PLUS, minuman isotonik No.1 Malaysia dan rakan kongsi sekian lama sukan Malaysia, komited untuk terus menyokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pasukan kebangsaan bagi tempoh lanjutan dua tahun lagi sehingga akhir 2026.

100PLUS akan terus menjadi Rakan Minuman Isotonik Rasmi untuk pasukan senior lelaki dan wanita, serta pasukan-pasukan kebangsaan yang lain – futsal dan remaja.

Pertandingan anjuran FAM termasuk Piala Tun Sharifah Rodziah dan Malaysia Premier Futsal League (lelaki dan wanita) juga akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini. Selain 100PLUS, pemain kebangsaan juga akan dibekalkan dengan air mineral dan minuman Ice Mountain.

Advertisement

"100PLUS sentiasa setia dan menyokong bola sepak di Malaysia. Kami berasakan bahawa cara terbaik untuk menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan sukan ini adalah menerusi kerjasama dengan FAM.

Kami gembira dengan hubungan yang cukup baik selama ini dan berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini untuk tempoh dua tahun lagi," kata Dato' Raffiq Bin Md Ariff, Pengarah Urusan, Bahagian Makanan & Libat Urus Industri, Fraser & Neave Holdings Bhd pada majlis pembaharuan kerjasama dengan FAM hari ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Haji Mahadi dan Dato' Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai, Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran FAM, Datuk Haji Mohd Hisamudin Bin Yahaya, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran FAM, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Hj. Hassan Basri, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Bin Hj. Rahman dan Leong Wai Yin, Ketua Pegawai Pemasaran, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd turut hadir pada majlis hari ini.

Dato’ Sri Mohd Yusri berkata: "Majlis ini bukan semata-mata memperbaharui kerjasama di antara FAM dan 100PLUS, tetapi yang lebih penting, ia mencerminkan kepercayaan 100PLUS yang tidak berbelah bahagi dan komitmen berterusan kepada FAM selama lebih sedekad.

Hubungan yang terjalin sejak sekian lama di antara FAM & 100PLUS telah dibina atas asas kepercayaan yang kukuh, diperkukuh lagi dengan komitmen bersama dan disatukan oleh visi bersama ke arah untuk memperkasakan bola sepak Malaysia.

"Peranan aktif 100PLUS terbukti melalui pelbagai sumbangannya kepada pembangunan sukan akar umbi, kempen promosi sukan dan usaha untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Bersama FAM, 100PLUS kekal sebagai rakan kongsi yang teguh untuk tempoh lebih 10 tahun, berdiri bukan sahaja sebagai rakan korporat tetapi sebagai teman sejati dalam pembangunan bola sepak Malaysia."

Tambah Dato’ Raffiq, 100PLUS adalah minuman yang ideal untuk pemain kebangsaan. "100PLUS akan memberikan penghidratan yang sewajarnya kepada pemain, semasa perlawanan, latihan dan juga membantu pemulihan mereka selepas sesi latihan yang berat. Pemain akan mendapat banyak manfaat menerusi pengambilan 100PLUS."

Selain menyokong FAM dan pelbagai pasukan kebangsaan termasuk belia, 100PLUS telah bekerjasama rapat dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan dalam program bola sepak remaja Liga KPM sejak penubuhannya pada 2008.

100PLUS sinonim dalam menyokong sukan di negara ini dan kini menaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Majlis Sukan Negara dan penaja utama Anugerah 100PLUS Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), anugerah sukan tahunan yang cukup terkenal.

Selain itu, 100PLUS turut menyokong atlet terkemuka seperti Datuk Seri Lee Chong Wei, Datuk Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah, yang kini merupakan Duta Jenama 100PLUS.

100 Plus

Segar Semula, Teruskan Aksi

100PLUS Zero bantu kekal hidrasi tanpa gula — pilihan ideal untuk gaya hidup aktif & sihat.


Jom Minum

Must Watch Video