Skip to main content

Olahraga

VTF 2026: Haziq Mohamad perbaharui rekod kejohanan acara 200m

VTF 2026: Haziq Mohamad perbaharui rekod kejohanan acara 200m

Saingan final 200 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Varsity Track and Field (VTF) 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu berlangsung cukup sengit apabila tujuh pelari terbaik universiti tempatan bersaing merebut gelaran juara.

Acara itu turut mendapat perhatian ramai memandangkan rekod kejohanan sebelum ini milik pelari sensasi negara, Umar Osman dengan catatan 21.20 saat.

Namun, pelari Universiti Putra Malaysia (UPM), Haziq Mohamad Akhir terus mencuri tumpuan apabila sekali lagi mencipta sensasi dengan memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 200 meter lelaki.

Kejayaan tersebut melengkapkan aksi cemerlang Haziq selepas sebelum ini turut memenangi acara 100 meter selain membantu pasukan UPM memecahkan rekod kejohanan dalam acara 4x100 meter pada Sabtu.

Haziq mempamerkan larian bertenaga dan konsisten sejak awal perlumbaan sebelum berjaya meninggalkan pencabar lain untuk melintasi garisan penamat sebagai juara.

Tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan Haziq, Reeve Kua Man Hong manakala Muhammad Daniel Haqiem melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam saingan wanita, pelari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nor Anis Maisarah muncul terpantas apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 26.14 saat.

Nor Anis berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pencabar lain untuk menghadiahkan kemenangan bermakna buat UPSI.

Nia Jovic Suan pula menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala Bibi Halina melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kejohanan VTF 2 terus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu olahraga negara selain membuka ruang kepada atlet universiti menyerlahkan potensi mereka di pentas kompetitif.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video