Masih ingat lagi insiden yang menggegar dunia sukan, apabila pemain bola sepak ternama antarabangsa Diogo Jota dilaporkan meninggal dunia pada Julai 2025 akibat kemalangan jalan raya yang menyentuh hati ramai peminat sukan ketika itu?
Bagaimanapun semangatnya mendiang Jota kelihatan terus dibawa dan baru-baru ini isteri Jota, Rute tampil kuat dengan menyertai acara latian Father’s Day Race yang berlangsung di Porto pada Mac 2026.
Advertisement
Penyertaannya dalam kategori 10 kilometer itu menjadi simbol kekuatan dan penghormatan terhadap Jota dan lariannya ditamatkan dalam masa catatan masa sekitar 52 minit.
Apa yang lebih mencuri perhatian — Rute memilih untuk memakai nombor bib 20, sinonim dengan kejayaan yang pernah dibawa mendiang suaminya sepanjang karier kehidupan bola sepaknya sekaligus menjadikan situasi tersebut penuh beremosi dan bermakna.
Apa sahaja yang perlu dilakukan atau diharungi Rute, dengan tiga lagi anaknya bersama Jota untuk menruskan kehidupan kehilangan bapa/suami adalah satu pengorbanan yang hanya dia sahaja tahu.
Momen istimewa itu turut dikongsikan Rute di laman media sosial Instagram dengan kapsyen ringkas ‘20 selamanya’ bagi melambangkan kasih sayang yang tiada penghujung.
