Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Aidil Sharin tolak tanggapan Kuching 'kalah sebelum berjuang'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aidil Sharin tolak tanggapan Kuching 'tewas sebelum berjuang'

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menolak tanggapan The Cats kalah sebelum berjuang susulan ketiadaan Ronald Ngah Wanja akibat digantung perlawanan.

Sebaliknya, Aidil mengakui ia bukan situasi baru buat dirinya berdasarkan pengalaman menjuarai Piala FA bersama Kedah walaupun tanpa tonggak utama Renan Alves pada aksi final 2019.

Advertisement

Selain Ngah Wanja, Kuching City juga beraksi tanpa Jordan Mintah, Daniel Amier Norhisham dan Gabriel Nistelrooy kerana ketiga-tiganya merupakan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) .

Namun, barisan pemain sedia tetap mempamer kesungguhan dan semangat melawan tinggi dengan penjaga gol, Haziq Nadzli, beraksi cemerlang menafikan deretan percubaan bahaya lawan.

“Saya fikir kami benar-benar mencipta sejarah. Inilah detik penting kami akan belajar untuk menjadi lebih baik.

“Saya ucapkan tahniah kepada JDT kerana layak ke final. Tetapi kami akan kembali lebih kuat tahun depan. Kuching City sudah semakin menghampiri prestasi yang mereka tunjukkan,” katanya.

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video