Tatkala namanya menjadi bualan penyokong bola sepak tempatan susulan tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya ke Indonesia bagi saingan Piala ASEAN FIFA 2026, pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Nacho Mendez enggan terlalu memikirkan perkara di luar kawalannya.
Sebaliknya, tonggak kelahiran Sepanyol itu lebih tertumpu untuk kekal fokus bersama skuad Harimau Selatan yang bakal mengharungi jadual padat dalam beberapa kejohanan, termasuk saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Ia bukan dalam tangan saya (keputusan),” katanya secara eksklusif kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf, ketika ditemui selepas membantu JDT membelasah Penang 7-2 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, 20 September lalu.
Kecewa??
Tidak dipanggil sertai Harimau Malaya ke Piala ASEAN FIFA 🇲🇾
Ini reaksi tonggak tengah JDT, Nacho Mendez.@ASTROARENA pic.twitter.com/CmNVS9K7wB— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) September 25, 2026
Jelas Nacho, keutamaannya ketika ini adalah mendapatkan rehat secukupnya bersama keluarga sebelum kembali menggalas tanggungjawab bersama JDT dalam mengharungi baki saingan musim ini.
Bekas kapten Sporting Gijon berusia 28 tahun itu hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada aksi bersama Harimau Selatan sambil menyerahkan sepenuhnya soal peluang menyarung jersi Harimau Malaya kepada pihak yang bertanggungjawab menentukannya.