Majlis Sukan Sekolah (MSS) Johor mengesahkan kemaraan ke suku akhir kategori bola sepak lelaki B-15 selaku juara Kumpulan C Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selepas bangkit 2-1 mengatasi MSS Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur (WPKL), hari ini.
Bagi kapten MSS Johor, Muhammad Rayyan Haziq Ahfizal Ahmad, dia percaya mereka mampu melangkah jauh dalam edisi kali ini bagi menebus kekecewaan menamatkan saingan tahun lalu di kedudukan ketiga.
Dua jaringan MSS Johor dijaringkan Zainul Ariffin Mohammad Zainuddin, manakala jaringan tunggal MSS WPKL hadir menerusi penyudah Muhammad Afif Mahathir pada minit ke-25.
"Walaupun agak kecewa apabila perancangan tanpa dibolosi tidak kesampaian, tapi kami bangkit dan melepasi peringkat kumpulan.
"Tahun lalu kami di tempat ketiga dan satu Malaysia nak kalahkan Johor.
Jadi kami berlatih dengan baik dan inginkan gelaran juara pada tahun ini," katanya di Nadi Arena.