Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Dua beregu lelaki negara melangkah gagah ke suku akhir

sda

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir, Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Wakil negara di ranking kedua dunia itu menewaskan lawan dari Perancis, Julien Maio-William Villeger, menerusi aksi straight set, 21-12,21-10, dalam tempoh 30 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas suku akhir esok adalah juara Masters Orleans 2026 dari China, Hu Ke Yuan- alongside his partner Lin Xiang Yi.

 

 

 

 

Dalam pada itu, beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, menewaskan rakan senegara, Chia Weijie-Teo Ee Yi, turut menerusi aksi straight, 21-14,21-12, kurang daripada 30 minit.

Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi dari Jepun atau wakil Chinese Taipei, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh, akan berdepan DinFei esok.

Must Watch Video