Skip to main content

Bola Sepak

Inter Milan cipta kebangkitan demi slot final Coppa Italia

rad

Inter Milan berjaya memanfaatkan keramat di laman sendiri, Stadium San Siro untuk mencipta kebangkitan menakjubkan sekali gus menempah slot ke pentas final ketika melayan kunjungan Como dalam aksi separuh akhir kedua Coppa Italia awal pagi tadi.

Selepas aksi berakhir dengan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama di laman Como, pasukan tuan rumah terlebih dahulu diuji dengan penguasaan pelawat yang berjaya memimpin permainan bermula dengan gol pembukaan disempurnakan Martin Baturina.

Advertisement

Sebelum Lucas Da Cunha menggandakan kelebihan Como untuk kelebihan agregat terus memihak pelawat.

Enggan mengecewakan kehadiran peminat, Inter cuba bangkit perkemas aksi dan hasilnya berjaya mengejar bermula dengan gol Hakan Calhanoglu pada minit ke-69, sebelum individu yang memiliki kewarganegaraan Turkiye itu menyamakan kedudukan hasil jaringan pada minit ke-86.

Kedudukan agregat dua sama terus berubah selepas Inter pamer kebangkitan luar biasa dengan berjaya meraih gol ketiga yang disempurnakan Peter Sucic.

Dan kemenangan 3-2 itu cukup untuk bawa Inter Milan ke pentas final sekaligus berpeluang untuk menambah koleksi kejuaraan buat kali ke-10 dalam kejohanan ini.

Must Watch Video