Kapten skuad sepak takraw lelaki negara, Amirul Zazwan Amir, mengakui masih mahu meneruskan aksi final acara regu berpasukan Piala Dunia ISTAF menentang Thailand,, meskipun berlaku kekecohan pada penghujung perlawanan.
Pemain berusia 30 tahun yang lebih mesra disapa Ayong itu berasakan sebagai pemain dia perlu menuruti serta menghormati arahan daripada barisan kejurulatihan yang bertindak demi kebaikan pasukan.
Ayong turut percaya kejayaan yang diraih kem nehara di laman sendiri itu mampu jadi pembakar semangat buat malaysia untuk terus raih keputusan positif, terutamanya di temasya sukan asia yang dijadualkan berlangsung september depan.
"Alhamdulilah kami berjaya di tanah air sendiri, walaupun ada kontroversi di akhir aksi tetapi kami semua sepasukan termasuk jurulatih, pemain simpanan dan Institut Sukan Negara amat bersyukur.
"Apapun keputusan, menang adalah menang. Sebelum ini kami kena dengan mereka pun sudah banyak kali. Mereka ada sedikit kecewa, tetapi sebagai pemain saya perlu ikut apa yang jurulatih cakap, boleh saja berlawan dengan mereka tiada masalah." katanya.