EPL
Umur bukan ukuran sebenar Wataru Endo main watak utama Liverpool
Jurgen Klopp melabel Wataru Endo sebagai "raksasa sebenar" di atas padang sambil menyeru pemain tengah Jepun itu agar mencetuskan kejutan di Liverpool seperti yang dilakukan James Milner.
Ketibaan pemain berusia 30 tahun itu daripada Stuttgart dengan harga kira-kira £16.2 juta (RM95.9j) mungkin dianggap mengecewakan memandangkan Liverpool terlepas pemain seperti Moises Caicedo dan Romeo Lavia yang memilih ke Chelsea.
Begitupun, kehadiran Endo yang memeterai kontrak selama empat tahun dan bakal membuat penampilan sulung menentang Bournemouth hari ini menceriakan Klopp.
Iklan
“Dia seorang yang lambat berkembang dalam kariernya dan dia sudah pasti dipandang remeh sejak sekian lama.
"Jelas sekali setiap tahun dia makin meningkat sejak dia berada di kedudukan yang sepatutnya.
“Tiada sesiapa pun boleh (membayangkan dia kini sudah mencecah berumur 30 tahun), kerana sebaik anda melihatnya, anda fikir ‘adakah dia dibenarkan memandu kereta?’. Tapi di atas padang, dia berubah menjadi raksasa sebenar.
“Salah satu legenda LFC terbesar pada zaman saya ialah James Milner, dia tiba di sini ketika berusia 29 tahun. Tanpa James Milner, kami tidak akan menikmati kejayaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Wataru mampu memberi impak yang sama. Minggu lalu jelas satu minggu yang sukar.
"Tetapi apabila anda mempunyai masalah, anda boleh kekal dengan masalah itu atau mencari jalan penyelesaian, saya lebih gembira untuk mendapatkan penyelesaiannya."
Must-Watch Video