"TNB dan sukan berpisah tiada."

Dalam penganjuran Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2019, semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjemput pasukan TNB Thunderbolts dan bekas Olimpian negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, bagi memeriahkan acara itu.


Usaha TNB dalam memajukan sukan negara tidak boleh disangkal lagi menerusi Projek TNB Thunderbolts.

Selain mempromosikan bakat muda, ia turut mendorong sukan dalam kalangan masyarakat melalui penganjuran JMFR.

"Salah satu sukan yang mahu dilonjakkan kerajaan adalah hoki.

"Program yang dijalankan TNB ini amat besar dan sudah dijalankan selama 12 tahun bagi mencari bakat muda.

"Dalam skuad kebangsaan ketika ini, sembilan pemain datangnya daripada program ini.

"Skuad juara Sukan Olimpik Remaja juga datangnya daripada program ini.

"Kami amat rapat dengan kerajaan untuk membangunkan sukan hoki.

"JMFR ini adalah anjuran TNB, jadi ada baiknya jika kita bawa pemain hoki untuk berjumpa masyarakat di sini.

"Ia perkara yang paling baik dan paling sihat," kata Nor Saiful.