Terima kasih -- Syed Saddiq

Ammar Hakim
Mac 3, 2020 18:21 MYT
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkalungkan penghargaan kepada warga sukan khasnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang setahun 10 bulan mencurah keringat demi sukan negara.
Sepanjang bergelar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, sempat membimbing kontinjen negara mengharungi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dan Sukan SEA Filipina 2019.
Peluang bekerjasama dengan pengurusan KBS selain berkongsi cabaran dihadapi dalam membangunkan sukan negara.
"Kita (KBS) dapatkan penajaan terbesar bagi sukan paralimpik yang kita tidak pernah terima jumlah sebegitu sebelum ini dan buat pertama kali kita akan ada dana tambahan RM30 juta untuk KBS bagi tujuan pembangunan melalui pengenalan cukai gula," kata Syed Saddiq.
Sementara itu, ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, turut menzahirkan penghargaan sepanjang perjuangan Syed Saddiq dalam memastikan sukan di Malaysia mendapat perhatian khususnya daripada segi peruntukan.
"Sukan adalah satu bidang yang menyumbang kepada pembangunan sosial negara dan pada masa sama memerlukan satu kedudukan kewangan yang agak besar.

"Beliau (Syed Saddiq) berjaya mendapatkan beberapa peruntukan yang membantu MSN kerana sebelum ini kita terpaksa bergerak dalam keadaan berjimat cermat untuk memberikan prestasi terbaik," kata Shapawi.

#MSN #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
;